SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka menjejaskan tujuh negeri sehingga Sabtu.
Menurut kemas kini pada 8.30 pagi, kawasan yang terkesan termasuk Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, seluruh Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bagi negeri Pahang, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat berterusan merangkumi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.
MetMalaysia turut memaklumkan bahawa amaran hujan lebat berterusan tahap waspada dikeluarkan untuk seluruh Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala di Johor, kawasan Tangkak dan Segamat dijangka terkesan.
Di Pahang, tambahan kawasan lain yang berada dalam kategori waspada ialah Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan, aplikasi myCuaca, serta platform media sosial rasmi MetMalaysia.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001