Singapura kenakan sekatan ke atas empat ekstremis Israel

SINGAPURA – Singapura akan mengenakan sekatan kewangan bersasar serta larangan kemasukan terhadap empat individu Israel yang terbabit dalam tindakan keganasan terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Kementerian Luar negara itu mendedahkan individu berkenaan — Meir Mordechai Ettinger, Elisha Yered, Ben-Zion Gopstein dan Baruch Marzel — terlibat dalam perbuatan ekstremis yang keterlaluan.

“Tindakan sedemikian adalah menyalahi undang-undang serta menjejaskan dan menggugat prospek penyelesaian dua negara,” menurut kenyataan itu.

Singapura turut mengulangi pendiriannya bahawa penempatan Israel di Tebing Barat adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa.

“Kehadiran dan peluasan penempatan akan menjadikan usaha mencapai penyelesaian dua negara jauh lebih sukar,” katanya.

Sebagai penyokong teguh undang-undang antarabangsa dan penyelesaian dua negara, Singapura menentang sebarang tindakan unilateral untuk mengubah fakta di lapangan melalui perbuatan yang menyalahi undang-undang antarabangsa, menurut kementerian itu.

Singapura juga menggesa kerajaan Israel mengekang tindakan keganasan pendatang serta memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *