Pemain New York Jets, Kris Boyd, Kritikal Selepas Ditembak di Manhattan

NEW YORK – Pemain pertahanan New York Jets, Kris Boyd, dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas ditembak dalam kejadian di Midtown Manhattan awal pagi Ahad.

Menurut kenyataan Polis New York (NYPD), kejadian berlaku sekitar jam 2 pagi di luar sebuah restoran Asia di West 38th Street, berhampiran Seventh Avenue.

Boyd, 29, dipercayai terlibat dalam satu pertengkaran sebelum dua das tembakan dilepaskan, menyebabkan kecederaan serius pada bahagian abdomen.

Beliau dihantar ke Hospital Bellevue dan kini berada dalam keadaan kritikal, tetapi stabil.

Boyd, yang menyertai Jets pada Mac lalu dan sedang berada dalam senarai kecederaan untuk musim ini, difahamkan bersama sekumpulan rakan ketika insiden berlaku.

Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan punca sebenar pertikaian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Kami sedar akan situasi melibatkan Kris Boyd dan tidak akan memberikan sebarang komen lanjut buat masa ini,” menurut kenyataan ringkas pihak New York Jets.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *