Lima sukarelawan Bulan Sabit Merah terbunuh di Sudan

GENEVA – Lima sukarelawan Bulan Sabit Merah terbunuh ketika menjalankan misi rasmi di Sudan, menurut Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

IFRC berkata kelima-lima mereka terbunuh ketika bertugas di bandar Bara, Kordofan Utara sebagai sebahagian daripada pasukan pengagihan makanan, manakala tiga lagi dilaporkan hilang.

IFRC menegaskan bahawa petugasnya di Bara mudah dikenal pasti dengan jelas, sambil menyatakan dalam satu kenyataan bahawa mereka “memakai ves Bulan Sabit Merah yang sepatutnya memberikan mereka perlindungan sepenuhnya.”

“Kami berasa ngeri, terkejut dan amat sedih” dengan insiden pembunuhan itu,” menurut IFRC.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagaimanapun, pertubuhan induk itu tidak memberikan sebarang maklumat mengenai pihak yang melakukan serangan.

Di Sudan, seramai 21 kakitangan telah terbunuh sejak pertempuran antara pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) dan tentera Sudan bermula pada 2023, menurut persekutuan itu. Di seluruh dunia, pergerakan Palang Merah telah kehilangan 25 rakan sekerja tahun ini, katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *