Semakan Penghargaan SARA 2025 Dibuka Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan hari ini, mengumumkan semakan kelayakan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 telah dibuka bermula 21 Ogos 2025, melibatkan kira-kira 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia.

Menurut kenyataan kementerian itu, semakan boleh dibuat melalui portal rasmi SARA dan MyKasih, dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan bagi mengetahui status kelayakan masing-masing.

“Penghargaan SARA 2025 merupakan bantuan tunai one-off RM100 yang akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima bermula 31 Ogos 2025.

Ia boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025 di premis peruncitan terpilih seluruh negara,” jelas kenyataan itu.

Bantuan tersebut diberikan secara automatik tanpa sebarang permohonan, berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ia bertujuan membantu rakyat, khususnya golongan B40 dan M40, mengurangkan beban kos sara hidup melalui pembelian barangan keperluan asas.

Setakat ini, lebih 7,300 premis runcit di seluruh negara, termasuk pasar raya dan kedai serbaneka, telah berdaftar di bawah program ini.

Penerima boleh menggunakan kredit tersebut untuk membeli lebih 100,000 kategori barangan asas yang telah dilabelkan di rak jualan.

Kementerian turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan penipuan dalam talian.

“Bantuan ini tidak memerlukan sebarang pendaftaran atau bayaran, semua pengkreditan dibuat terus ke MyKad penerima,” tegasnya.

Untuk semakan, orang ramai boleh melayari portal rasmi di https://sara.gov.my atau portal MyKasih di https://mykasih.com.my.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *