BEIJING – Beijing meningkatkan amaran hujan ributnya kepada kuning, iaitu tahap ketiga tertinggi berikutan hujan lebat diramal melanda banyak kawasan di bandar itu pada Selasa malam, lapor Xinhua.
Balai Cerap Meteorologi Beijing mengeluarkan amaran itu pada jam 4.47 petang semalam, meramalkan kadar hujan setiap jam melebihi 50 milimeter (mm) sejam di daerah Fangshan, Daxing, Tongzhou, Fengtai, Chaoyang, Shunyi, Pinggu, Huairou dan Miyun dalam beberapa jam akan datang.
Jumlah hujan di sesetengah kawasan dijangka melebihi 100mm.
Menurut amaran itu, terdapat potensi berlaku kepala air, aliran lumpur dan tanah runtuh di kawasan pergunungan serta banjir di kawasan tanah rendah.
Pada jam 5.30 petang semalam, Pihak Berkuasa Air Beijing dan Perkhidmatan Meteorologi Beijing mengeluarkan amaran kuning kepala air di beberapa daerah pinggir bandar di utara dan barat Beijing.
Pihak berkuasa kawalan banjir turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan pergunungan yang terdedah kepada bencana geologi memandangkan hujan dijangka berterusan minggu ini.
China mempunyai sistem amaran cuaca berkod warna empat peringkat, dengan merah mewakili tahap amaran paling teruk, diikuti oren, kuning dan biru.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001