NGO sokong agenda payung besar Melayu sebagai inisiatif menyatukan kekuatan bangsa

SHAH ALAM – Aktivis pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik dan menyatakan sokongan penuh pelaksanaan agenda payung besar Melayu sebagai inisiatif menyatukan seluruh kekuatan bangsa Melayu merentasi parti politik, NGO, institusi, belia dan rakyat akar umbi.

Azrol Mansor menyatakan, agenda itu bukan semata-mata gerakan politik, tetapi satu tanggungjawab kolektif demi memartabatkan agama Islam, mempertahankan kedaulatan bangsa dan mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak negara berdaulat.

Katanya, antara tujuan utama agenda payung besar Melayu ialah menyatukan parti politik Melayu-Islam dalam satu arah perjuangan menjelang PRU 16.

Di samping menggabungkan NGO-NGO Melayu dan institusi dalam satu platform penyelarasan nasional.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Ia juga untuk menjadikan payung besar sebagai wadah penyatuan dan penggerak dasar kolektif bangsa.

“Selain memperkasakan pendidikan, ekonomi dan sosial umat Melayu agar tidak terus ketinggalan di bumi sendiri.

“Ini termasuk memberi peluang dan ruang kepada pelapis muda kerana merekalah yang akan menjadi pemimpin di masa akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berpandangan, tiada jalan lain untuk menjamin masa depan bangsa, selain dengan menggerakkan satu penyatuan yang ikhlas dan strategik serta berpandukan kepada Perlembagaan Negara.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Katanya, orang Melayu sepatutnya sudah bersedia untuk melakukan pengorbanan ego dan hawa nafsu masing-masing dengan menghentikan perpecahan sesama sendiri dan bersedia untuk bersatu demi menghadapi cabaran nasional yang semakin mencabar.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *