Wushu: Emas Sukan Dunia hadiah sempena Hari Kebangsaan – Cheong Min

KUALA LUMPUR – Ratu wushu negara Tan Cheong Min yang memperoleh pingat emas pertama dalam acara wusyu di Sukan Dunia pada Sabtu lepas, mendedikasikan kejayaan tersebut sebagai hadiah sempena Hari Kebangsaan yang bakal diraikan tidak lama lagi.

Beliau berkata kejayaan tersebut turut menjadi pengiktirafan besar kepada sukan wushu, selepas buat pertama kalinya ia dipertandingkan secara rasmi di temasya berprestij itu.

“Pingat emas ini bukan untuk saya seorang, tetapi untuk Malaysia. Ia juga hadiah istimewa untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

“Sebelum ini, wushu bukan acara rasmi di Sukan Dunia. Jadi, selama ini Asian Games dan Kejohanan Dunia dianggap sebagai pentas tertinggi bagi kami. Saya sangat bangga dan gembira dengan pencapaian ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bekas juara dunia itu berharap kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan atlet untuk terus berusaha meraih kejayaan dan memartabatkan sukan wushu.

Pingat emas yang dimenangi di Chengdu, China itu menyumbang kepada kutipan keseluruhan tiga pingat kontinjen negara di kejohanan berkenaan, iaitu satu emas, satu perak dan satu gangsa.

Atlet kelahiran Melaka itu berkata kejayaan tersebut turut menjadi motivasi buat dirinya, yang kini menumpukan persiapan ke beberapa kejohanan sebelum 2025 berakhir.

“Ada lagi kejohanan yang akan saya sertai, antaranya Kejohanan Wushu Dunia di Brazil pada September, dan saya mahu memastikan dapat meraih emas lagi di sana. Selepas itu, saya akan memberi fokus kepada temasya Sukan SEA di Thailand pada Disember,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sebagai rekod, Cheong Min merangkul gelaran juara dunia 2017 di Kazan, Rusia dalam acara Duilian, sebelum menambah gelaran keduanya pada 2019 di Shanghai, China dalam acara Nandao. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *