Kanak-kanak cedera disamun lelaki bersenjatakan pisau

SEPANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera selepas disamun oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di kediamannya di Putra Perdana, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G. K. Shan Gopal memaklumkan, polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada bapa mangsa pada jam 5.03 petang.

Katanya, bapa mangsa mengetahui kejadian dari jirannya, sebelum bertindak membuat laporan polis.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di muka, leher dan kepala akibat diserang suspek. Mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh jiran untuk mendapatkan rawatan.

“Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil tanpa mengalami kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati suspek, dipercayai berusia lingkungan 40-an, menggunakan sebilah pisau yang diambil dari rumah mangsa untuk melakukan jenayah itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan.

“Kita menasihatkan orang ramai tidak menularkan sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes ini bagi mengelakkan kekeliruan dan gangguan kepada siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-8777 4222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *