Kes Zara Qairina: Polis sudah serah kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara hari ini

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina Mahathir, 13, yang dikaitkan dengan dakwaan buli di Papar, Sabah, pada 16 Julai lalu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan sudah menghantar kertas siasatan berkenaan.

“Sudah submitted (serah) tadi (hari ini),” katanya ringkas menerusi WhatsApp.

Semalam, ibu kepada Allahyarham Zara Qairina membuat satu lagi laporan polis berhubung kematian anaknya pada 16 Julai lalu.

Laporan dibuat di Balai Polis Sipitang, Sabah, selepas teringat semula melihat kesan lebam pada belakang badan Zara Qairina ketika memandikan jenazah anaknya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, pada 17 Julai.

Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.

Pada 31 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan pihak polis tidak menolak kemungkinan unsur buli terbabit dalam kejadian berkenaan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *