Nelydia kini bergelar Datin

KUALA LUMPUR – Nelydia Senrose dihujani ucapan tahniah selepas suami, Hafez Halimi dianugerahkan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan, hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Nelydia atau nama sebenar, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, menerusi Instagram (IG).

Terdahulu, jurusolek, Rozlan Nasir yang menatarias aktres itu memuat naik hantaran dalam media sosiql untuk mengucapkan tahniah. Nelydia dilihat mengulang siar hantaran itu.

Pada hantaran itu, Nelydia dilihat ayu dengan baju kurung dilengkapi hijab.

Sementara itu, kakak Nelydia, iaitu Uqasha Senrose turut memuat naik hantaran memuji adiknya..

“Datin sangat cantik… Saya turut gembira untuk awak,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *