Pertempuran di sempadan Thailand-Kemboja masuk hari kedua

BANGKOK/PHNOM PENH – Pertempuran bersenjata di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja yang dipertikaikan berlanjutan ke hari kedua pada Jumaat, lapor CNN.

Menurut jurucakap tentera Thailand, konflik bermula pada jam 4:30 pagi apabila Kemboja melepaskan tembakan menggunakan senjata ringan dan berat, sebelum Thailand membalas dengan tembakan artileri.

Tentera Thailand turut melaporkan aktiviti pelupusan bom dan pengambilan mayat di Daerah Kantharalak yang terkena serangan roket dari Kemboja pada Khamis.

Serangan juga dilaporkan di wilayah Ubon Ratchathani dan Surin, menyebabkan penduduk dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan tersebut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh di Thailand—kebanyakannya orang awam—manakala di Kemboja, seorang terbunuh dan lima cedera. Lebih 4,000 penduduk Kemboja telah dipindahkan.

Ketegangan ini memuncak selepas lima tentera Thailand cedera akibat letupan periuk api pada Rabu, menyusuli insiden pada Mei lalu yang menyaksikan seorang tentera Kemboja terbunuh di kawasan Segi Tiga Zamrud, titik pertemuan sempadan Kemboja, Thailand dan Laos.

Walaupun Thailand dan Kemboja mempunyai sejarah kerjasama dan persaingan, ketidakseimbangan kekuatan ketenteraan antara kedua-dua negara turut menjadi faktor.

Thailand, yang mempunyai sokongan ketenteraan daripada Amerika Syarikat sebagai sekutu utama bukan NATO, memiliki kekuatan pasukan tiga kali ganda berbanding Kemboja.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Negara-negara seperti Malaysia, Singapura, Jepun dan AS, serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menggesa kedua-dua pihak supaya meredakan ketegangan dan mengelakkan konflik berlanjutan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *