ADUN Batu Kurau dirawat di hospital akibat kencing tikus

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Mohd Najmuddin Elias terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dipercayai mengalami jangkitan kencing tikus (leptospirosis) pada Khamis.

Pegawai Khasnya, Baharom Mohd Radzi yang mengesahkan perkara itu berkata, Mohd Najmuddin mengadu tidak sihat pada Rabu sebelum mengalami muntah, cirit-birit dan demam pada keesokan harinya.

Susulan itu, pihaknya menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut dan wakil rakyat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu kemudiannya dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan.

“Ketika ini YB sedang dirawat dan berada dalam keadaan lemah. Berdasarkan maklumat doktor, beliau mengalami jangkitan kuman, paru-paru berair, jangkitan kencing tikus dan paras oksigen menurun.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Saya bagi pihak Datuk (Mohd Najmuddin), memohon agar semua yang mengenali beliau khususnya penduduk kawasan Batu Kurau agar mendoakan kesihatan beliau serta dipermudahkan segala urusannya seperti biasa,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Baharom turut memaklumkan bahawa sebarang masalah atau aduan berkaitan isu kawasan boleh terus disalurkan kepadanya buat masa ini.

Sementara itu, dalam satu hantaran di Facebook rasmi Mohd Najmuddin pada Khamis, anak kepada ADUN berkenaan turut memaklumkan keadaan terkini bapanya.

Menurut hantaran tersebut, Mohd Najmuddin kini dirawat di Wad A4 Hospital Taiping sebelum dipindahkan ke Hospital KPJ Ipoh.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *