Sidang Meja Bulat Sekretariat Pertahan Sistem Kehakiman gesa Anwar letak jawatan

PUTRAJAYA – Sidang Meja Bulat Ke-2 Sekretariat Pertahan Sistem Kehakiman hari ini sebulat suara mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu diumumkan Penasihat Sekretariat berkenaan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempengerusikan mesyuarat khas itu pagi ini, dengan mencapai dua resolusi.

Resolusi pertama, Perdana Menteri mesti meletakkan jawatan serta merta atas konflik kepentingan dalam pelantikan hakim-hakim yang beliau tidak dapat pertahankan lagi.

Resolusi kedua, Sekretariat merafak sembah memohon agar Yang di-Pertuan Agong, menurut budi bicara baginda bawah Perkara 40 Fasa 2 Fasa C Perlembagaan Persekutuan memperkenankan untuk memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu serta tindakan-tindakan yang wajar diambil dalam mesyuarat tersebut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut Muhammad Rafique Rashid Ali yang membaca resolusi itu, dengan keputusan terbaharu berkenaan, resolusi sebelum ini yang meminta Anwar mengambil cuti dari jawatan Perdana Menteri sehingga kes peribadinya selesai di mahkamah, tidak lagi terpakai.

“Sebaliknya, resolusi terkini kita ialah beliau mesti meletakkan jawatan serta merta atas konflik kepentingan dalam pelantikan hakim-hakim.

“Mesyuarat hari ini juga telah mengambil kira beberapa langkah yang telah dicadangkan oleh pihak lain seperti penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) seperti disarankan oleh kumpulan sembilan Ahli Parlimen PKR, yang diketuai Datuk Seri Rafizi Ramli,” katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir dalam sidang media itu menyatakan, mesyuarat berkenaan dihadiri ramai wakil-wakil dari NGO-NGI, parti politik dan orang perseorangan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Kita bincang secara terbuka berkenaan masalah yang kita hadapi, khususnya berkenaan dengan pelantikan hakim dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tingkah laku Perdana Menteri.

“Kerana kita dapati Perdana Menteri membuat tindakan bukan saja di luar undang-undang dan bukan saja di luar perlembagaan, tetapi juga di luar moral kod manusia.

“Moral kod manusia tak boleh terima banyak perkara, walaupun tak tersebut dalam undang-undang, kita semua akur akan moral kod ini,” katanya.

Beliau memberi contoh, Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson meletakkan jawatan setelah didesak berbuat demikian kerana menghadiri parti Krismas ketika darurat pandemik Covid-19 tahun 2022.

Katanya, begitu Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meletakkan jawatan setelah ratusan rakyatnya mati dalam gerakan anti-kerajaan tahun lalu.

“Di Jepun, kalau ekonominya tidak baik, banyak orang komplen, PM (Jepun) letak jawatan.

“Peletakan jawatan ini bukan semata-mata kerana undang-undang ataupun perlembagaan, tetapi disebabkan moral kod manusia. Kita perlu akur moral kod manusia, kalau kita tidak (akur), maka akan huru hara akan berlaku. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *