ERA X di bawah pimpinan CEO Linda Yaccarino tamat secara mengejut lewat malam semalam selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan menerusi akaun peribadi beliau.
Tiada sebab diberikan kerana tidak kedengaran sebarang ura-ura ia akan berlaku dan Yaccarino tidak menjelaskannya dalam hantaran beliau.
Yaccarino dilantik menjadi CEO X pada Mei 2023 ketika syarikat berhadapan dengan isu pengiklan meninggalkan platform dan jumlah pengguna semakin susut disebabkan oleh tindakan pemiliknya Elon Musk.
Walaupun Yaccarino tidak memberikan sebab beliau meninggalkan X secara tergesa-gesa, muncul spekulasi ia berkait dengan isu Grok yang memberikan jawatan pro Nazi di X awal pagi semalam dan menggelarkannya dirinya MechaHitler secara tiba-tiba.
Walaupun banyak syarikat kembali mengiklankan produk di X bagi mengelakkan disaman, pendapatan syarikat masih belum pulih ke tahap sebelum ia dibeli oleh Musk.
Pada waktu ini jumlah pengguna Threads semakin hampir menyamai X kerana berlaku penghijrahan besar-besaran ke platform alternatif.
Ketika artikel ditulis Elon Musk belum memberikan kenyataan dan pengganti Yaccarino juga belum diumumkan. –Amanz
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001