Payung Orang Melayu bukan retorik, tapi perjuangkan nasib orang Melayu – Marzuki

PUTRAJAYA – Penubuhan Sekretariat Orang Melayu (SOM) bukan retorik, sebaliknya hendak memperjuangkan nasib orang Melayu dan Perlembagaan Negara yang telah dimerdekakan oleh datuk nenek mereka.

Ketua Setiausahanya, Datuk Wira Marzuki Yahya menegaskan, adalah satu kesilapan besar jika parti multiracial di negara ini memandang remeh perjuangan sekretariat itu dengan cuba menanam kebencian kepada orang Melayu terhadap penubuhan serta perjuangannya.

“Banyak pihak beranggapan Payung Orang Melayu ini retorik dan perjuangannya juga retorik.

“Mereka menguar-uarkan dengan tanggapan penubuhan Sekretariat Orang Melayu ini tidak lebih kepada perjuangan multiracial dan sudah tidak relevan lagi.

“Apa yang ingin kita tegaskan di sini, perjuangan kami meliputi menjaga kepentingan orang Melayu, Perlembagaan Negara, agama Islam dan kaum majoriti di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Marzuki mengingatkan pihak yang cuba meremehkan penubuhan SOM bahawa sejarah tidak boleh diubah kerana Malaysia adalah Tanah Melayu dan Islam di negara ini sebagai agama persekutuan.

Beliau juga turut mengingatkan kepada DAP, yang beriya menganggap parti mereka sebagai multiracial.

“Saya ingin jelaskan, DAP itu adalah parti cauvinis, parti yang dimonopoli oleh orang Cina. DAP juga sebahagian daripada parti dakyah yang digunakan untuk mengaburi dengan mengatakan kita sebagai multiracial.

“Begitu juga Parti Keadilan (PKR), menggunakan orang Cina dan India untuk menyatakan itu sebagai multiracial, tetapi dipelopori oleh orang Melayu.

“Sama seperti UMNO dahulu, menerima MIC dalam komponennya sebagai payung untuk menjaga orang India dan MCA sebagai payung menjaga kepentingan orang Cina,” katanya.

Namun, kata beliau, jika tiga kaum itu bersatu dalam menggerakkan Malaysia, Tanah Melayu dan menghormati antara satu sama lain, nescaya negara akan aman dan damai.

“Kita melihat bukan sahaja perlembagaan, tetapi harus menghormati orang Melayu di negara ini sebagai kaum majoriti, kerana kaum inilah yang menjadi tonggak penubuhan kepada Malaysia,” ujar beliau. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *