UMNO Kelantan perlu rangka strategi bijaksana, raih sokongan anak muda – Shamsul Anuar

TUMPAT – UMNO Kelantan perlu tampil dengan strategi lebih bijaksana dan menawarkan alternatif terbaik berbanding pentadbiran kerajaan negeri sedia ada, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata UMNO juga perlu memberi tumpuan untuk menawan semula sokongan anak muda di negeri itu kerana golongan berkenaan adalah penentu masa depan negara.

Sehubungan itu, beliau meminta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO berganding bahu melaksanakan pendekatan sesuai dengan landskap politik semasa untuk meraih semula kepercayaan golongan muda.

“UMNO perlu mengembalikan semula kepimpinan parti itu, bukan sahaja di negeri ini tetapi turut memperkukuh pengaruh di luar Kelantan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Di samping itu, kita mesti terus mencari jalan untuk menawarkan agenda terbaik dalam usaha membasmi kemiskinan dan memperkukuh infrastruktur di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tumpat 2025 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di sini semalam.

Selain itu, Shamsul Anuar yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata strategi khusus perlu dirangka untuk Kelantan dengan pendekatan berbeza daripada parti lain kerana landskap politik di negeri itu kini telah berubah.

— BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *