Polis buru baki ejen tarik kereta halang laluan di lebuh raya

REMBAU – Polis masih memburu pemandu dua lagi kenderaan dalam video tular menghalang laluan laluan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Hentian Sebelah Pedas-Linggi, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain berkata pihaknya masih menjalankan siasatan jumlah sebenar individu terbabit kejadian berkenaan.

“Setakat ini seorang sudah ditahan tengah malam kelmarin di sekitar Seremban dan kami masih memburu suspek yang masih bebas dalam dua lagi kereta yang dirakam dalam kejadian ini.

“Justeru, individu yang terbabit dalam kejadian itu diminta memberi kerjasama dengan tampil menyerah diri ke balai polis atau terus ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau,” katanya.

Semalam media melaporkan tiga kereta dirakam sengaja menghalang laluan di lebuh raya berkenaan, dengan tindakan yang turut dirakam melalui video tular itu disifatkan berbahaya sehingga mengundang kecaman netizen.

Hasani menegaskan suspek yang ditahan kini direman sehingga Isnin bagi membantu siasatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *