Tayar lori pecah, 2 beranak maut di LPT2

PETALING JAYA – Dua beranak maut, manakala seorang lagi parah selepas lori mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di KM362.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat susur keluar Plaza Tol Bukit Besi, semalam.

Isnaini Mohd, 42, dan anak lelakinya, Muhammad Al Amin Khairul Syahmi, 5, disahkan meninggal dunia di lokasi kira-kira 4 petang Selasa akibat parah di bahagian kepala.

Suami Isnaini yang juga pemandu lori, Khairul Syahmi Mat Hassan, 49, yang cedera parah kini menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Dungun.

Ketua Polis Dungun, Maizura Abdul Kadir, berkata pasangan suami isteri itu yang bekerja di sebuah syarikat pembekal perkakasan elektrik dalam perjalanan pulang ke Gong Badak, Kuala Terengganu selepas menghantar “chamber” pembumian elektrik di Kuantan, Pahang.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu lelaki itu tiba-tiba hilang kawalan, selepas salah satu tayarnya pecah sehingga menyebabkan kenderaan terbabas dan terbalik.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan akibat kecederaan parah di kepala,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, mayat ibu dan anak itu dibawa ke unit forensik Hospital Dungun, manakala Khairul Syahmi turut dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *