KPM siasat dakwaan warga Pakistan rasmi program sukan sekolah

IPOH – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyiasat dakwaan seorang warga Pakistan merasmikan program sukan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kerian.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya telah menerima laporan mengenainya.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447 Hijrah Peringkat Perak yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, malam tadi.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki Pakistan diberi penghormatan merasmikan Majlis Sukan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sama Gagah di Kampung Sama Gagah, Simpang Empat Semanggol.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, Fadhlina menzahirkan penghargaan kepada Sultan Nazrin selepas menerima Anugerah Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi pihak ibunya Allahyarham Siti Zalikhah Md Nor.

“Beliau pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pembela undang-undang syariah.

“Oleh itu, ia adalah kepakaran beliau yang sentiasa mengangkat tema pemberdayaan wanita dalam semua aspek.”

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *