Pesawat TUDM tergelincir, landasan utama KIA ditutup sementara

KUCHING – Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) ditutup sementara susulan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir di landasan sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Malaysia Airports menerusi akaun Facebooknya memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja pemindahan pesawat terbabit serta pembersihan landasan dijalankan pihak berkuasa.

Selain itu, A Notice to Airmen (NOTAM) kepada Juruterbang telah dihantar dan penutupan dijangka berlanjutan sehingga jam 3 petang hari ini.

“Semua operasi penerbangan di KIA akan terjejas sepanjang tempoh ini,” katanya.

Para penumpang dinasihat menyemak status penerbangan masing-masing dengan syarikat penerbangan sebelum ke lapangan terbang bagi mengelak sebarang kesulitan.

Pihak pengurusan lapangan terbang berkata maklumat terkini akan dimaklumkan sebaik sahaja landasan diisytiharkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *