Razarudin luah harapan PDRM diletak di bawah kementerian khusus

KUALA LUMPUR – Detik penuh emosi menyelubungi Majlis Serah Terima Tugas dan Paluan Berundur Ketua Polis Negara ke-14, Tan Sri Razarudin Husain apabila beliau dilihat beberapa kali menahan sebak ketika menyampaikan ucapan terakhirnya di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, Jumaat.

Menutup tirai lebih 42 tahun khidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Razarudin turut meluahkan harapan agar pasukan keselamatan itu diletakkan di bawah sebuah kementerian khusus bagi memperkukuh peranan serta mempertingkat kecekapan, seiring cabaran dan perkembangan global.

Menurutnya, sebagai pasukan yang berusia lebih dua abad serta memiliki lebih 137,000 keanggotaan, PDRM merupakan agensi ketiga terbesar dalam sektor perkhidmatan awam selepas kesihatan dan pendidikan.

“Kami percaya keupayaan pasukan akan menjadi lebih utuh sekiranya diletakkan di bawah satu kementerian khusus.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Saya melihat keperluan ini sebagai suatu resolusi penting untuk memastikan PDRM terus relevan, selari dengan evolusi era globalisasi dan digital masa kini,” katanya di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Razarudin turut merujuk kepada model pentadbiran kepolisan antarabangsa seperti di China, Brazil, Vietnam, Korea Selatan dan Brunei yang masing-masing meletakkan agensi kepolisan mereka di bawah sebuah kementerian khas.

Menurut beliau, satu kertas cadangan rasmi berkaitan penubuhan kementerian khas untuk PDRM telah pun dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk pertimbangan.

“Saya optimis resolusi ini akan membawa kebaikan dan perubahan besar dalam memperkasakan perkhidmatan awam demi kemaslahatan bersama,” katanya lagi.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam pada itu, dalam usaha untuk merangsang motivasi ke arah peningkatan tahap penyampaian perkhidmatan, Razarudin turut mengusahakan beberapa inisiatif pemberdayaan pasukan itu termasuk penubuhan Jabatan Siber dan Teknologi sebagai entiti khas.

Dengan itu menurutnya, ia dapat meningkatkan kekuatan pasukan itu dengan keupayaan logistik serta teknologi yang lengkap dan terkini seiring evolusi landskap jenayah yang semakin drastik.

“Jabatan ini berperanan mengkoordinasi perkongsian maklumat antara jabatan-jabatan PDRM bagi menghasilkan momentum kejayaan penguatkuasaan yang lebih berkesan dengan jumlah keberhasilan yang lebih tinggi.

“Untuk makluman bersama, gerak kerja penubuhan jabatan ini sedang giat dilaksanakan dan telah diangkat untuk pertimbangan Kementerian Dalam Negeri,” tambahnya lagi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *