Penyanyi dangdut Zaleha Hamid meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut popular 80-an, Zaleha Hamid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, jam 8 malam semalam.

Pemergian Zaleha disahkan bintang veteran, Datuk DJ Dave yang menerima khabar duka itu daripada suami Allahyarham, Ungku Sulaiman Ungku Aziz.

Difahamkan Zaleha meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan sudah seminggu menerima rawatan di hospital.

“Kali terakhir saya ziarah Allahyarham sekitar tiga hingga empat tahun lepas di Johor, Zaleha sudah terlantar di katil akibat masalah buah pinggang dan beberapa penyakit lain.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Saya dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) berikan bantuan pencen sebanyak RM500 sebulan kepada Allahyarham selama empat tahun,” ujar Datuk DJ Dave bercakap kepada Astro AWANI.

Zaleha yang bersuara emas ini pernah mewarnai dunia hiburan selatan tanah air dan Singapura seawal era 1970-an. Dengan gelaran Ratu Dangdut, beliau dikenali menerusi karya hit seperti Dangdut Reggae, Kerana Pengalaman dan Jangan Segan-Segan.

Tambah Datuk DJ Dave, Allahyarham adalah seorang yang ceria dan mempunyai ramai sahabat handai.

“Zaleha dulu saya ingat sangat pandai menari, kami pun pernah berkongsi pentas sama.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Allahyarham peramah dan baik orangnya serta menghormati antara satu sama lain terutama yang lebih dewasa.

“Zaleha ini juga pandai bergaul dan sebab itu dia ramai kawan termasuk daripada seluruh Johor,” imbas Datuk DJ Dave.

Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kassim Nor Sungai Danga, Johor Bahru.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *