2 rakyat Australia ditembak di Pulau Bali, seorang maut

JAKARTA – Seorang lelaki warga Australia maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di Pulau Bali, Indonesia sejurus selepas tengah malam Sabtu, lapor Reuters memetik kenyataan polis tempatan kepada media.

Jurucakap polis Bali, Ariasandy, dipetik oleh laman Detik.com sebagai berkata bahawa pihak polis kini memburu dua individu disyaki terbabit dalam kejadian yang berlaku di sebuah vila di wilayah Badung, di selatan pulau pelancongan itu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Zivan R, 32, manakala Sanar G, 35, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital, menurut laporan itu.

Saksi kejadian memaklumkan bahawa dua suspek melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki dua motosikal.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ariasandy berkata kedua-dua suspek didengar bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat Australia.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *