Pejalan kaki dikhuatiri lemas selepas dirempuh kereta

KUALA LUMPUR – Seorang pejalan kaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai akibat dirempuh sebuah kereta yang terbabas dalam kemalangan di Jalan Ipoh ke Bulatan Kepong dekat sini, pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan pada jam 11.45 pagi itu, melibatkan dua kereta dan seorang pejalan kaki.

“Siasatan awal mendapati sebuah kereta Nissan Sylphy dipandu lelaki warga Bangladesh berusia 39 tahun dari arah PPR Batu Muda, telah hilang kawalan dan melanggar bahagian hadapan kanan sebuah Toyota Camry dipandu wanita warga Vietnam berusia 43 tahun yang datang dari arah Batu Kentomen.

“Kereta Nissan Sylphy itu kemudian merempuh seorang pejalan kaki sebelum terjunam ke bawah jambatan dan tersangkut di celahan konkrit serta saluran paip besi,” katanya dalam kenyataan semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mohd Zamzuri berkata, pemandu Nissan Sylphy mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut, manakala mangsa pejalan kaki yang identitinya belum dikenal pasti disyaki terjatuh ke dalam sungai.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Sentul, Jinjang dan Hang Tuah bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan JSPT Kuala Lumpur.

Mohd Zamzuri berkata, siasatan lanjut mendapati kereta yang dipandu lelaki warga asing terbabit bukan miliknya dan polis sedang mengesan pemilik sebenar kenderaan terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan lelaki warga Bangladesh akan ditahan untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *