Kemalangan bas UPSI: Sultan Pahang titah masjid anjur solat jenazah ghaib

KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu menganjurkan solat jenazah ghaib untuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik, Perak.

Mufti Pahang Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim dalam satu kenyataan berkata baginda turut menitahkan solat berkenaan selain bacaan Yasin dan tahlil, dilaksanakan selepas solat maghrib hari ini.

“Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat serta mendoakan semoga Pahang secara khususnya dijauhkan daripada segala bencana alam dan kemudaratan,” katanya.

Pada awal pagi Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Alza di JRTB.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kereta Perodua Alza. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *