Sultan Selangor titah doa kesembuhan Sultan Brunei

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan masjid-masjid di negeri Selangor membacakan doa khas selepas solat Jumaat semalam bagi memohon kesembuhan buat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office.

Sultan Brunei sebelum ini dilaporkan berehat di Institut Jantung Negara (IJN) ibu negara kerana keletihan dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Baginda berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *