Pembaharuan PBAKL 2025

(Cerita pagi rabu, tentang persediaan kawalan lalu lintas sempena Sidang ASEAN yang bertembung tarikh dengan PBAKL)

Dalam hiruk kekhuatiran akan berlaku kesesakan kerana bermulanya ‘dry run’ kawalan lalu lintas sempena ASEAN Summit, hari ini saya keluar jam 7.50 pagi untuk merasainya. Tetapi, Alhamdulillah, jalan lancar dan saya sampai ke WTC sebelum jam 9 pagi.

Terus saya meminta sdr Amran Alias membawa saya ke ruang yang tidak pernah saya sampai sebelum ini. Amran kata; “Tak pernah ada Pengarah yang buat kerja macam ni Bos”.

Saya memantau proses bagaimana penghantaran buku ke reruai dijalankan. Hebat kerja-kerja mereka Tuan dan Puan. Perlu menggunakan tulang empat kerat dan tentunya kesabaran yang luar biasa. Lori banyak, buku ribuan, jadi kena banyak ‘sabar menanti’ giliran tiba.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebab itu Tuan dan Puan, kami mengusahakan untuk pempamer tingkat 3 dan 4, boleh masuk awal. Ini membolehkan proses penyusunan buku boleh berjalan dengan lebih lancar dan teratur. Kami nak ucap terima kasih kepada Pengurusan WTC, yang juga membenarkan kita masuk awal untuk melakukan persiapan.

Menyediakan ruang untuk lebih 1000 reruai dan 258 pempamer tidak mudah. Begitupun, kami sentiasa mengusahakan yang terbaik.

Jadi, Tuan dan Puan kena sokong kami. Datang ya ke PBAKL 2025 bermula hari ini 23 Mei hingga 1 Jun di WTCKL.

Datang. Jangan Tak Datang! – FB Mohd Khair

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *