Tarif Trump: Sidang khas Parlimen 5 Mei depan

PUTRAJAYA – Sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 5 Mei ini bagi membincangkan isu tarif timbal balas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara ini.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Ada. Iya (5 Mei),” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu, Sin Chew Daily menerusi sumbernya melaporkan, pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan pemberitahuan berkaitan perkara tersebut.

Beberapa Ahli Parlimen memaklumkan mereka belum menerima sebarang surat pemberitahuan rasmi mengenai sesi tersebut.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadualkan berlepas ke Washington Khamis ini untuk mengadakan pertemuan dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson serta beberapa pegawai kerajaan lain yang berkaitan bagi membincangkan cadangan tarif berkenaan.

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus dikenakan terhadap Malaysia dan beberapa negara dagangnya mengikut kadar masing-masing.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Bagaimanapun, keputusan tersebut ditangguhkan selama 90 hari ke atas tarif timbal balik terhadap lebih 75 negara kecuali China.

Langkah itu disifatkannya sebagai hasil rundingan diplomatik dan semangat muhibah sebagai faktor.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *