SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa

Ismail Sabri sambung beri keterangan Khamis ini

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merekodkan keterangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram Khamis ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, rakaman kali ini berhubung pengisytiharan harta yang dibuat bekas Perdana Menteri itu sebelum ini.

“Kenyataan beliau dijangka diteruskan pada Khamis ini, 24 April. Jadi, Datuk Ismail Sabri dipanggil semula ke SPRM untuk meneruskan rakaman percakapan beliau dan seperti mana saya pernah sebutkan dulu, kali ini adalah sekitar berhubung dengan isytihar harta yang telah dibuat oleh beliau kepada kita di bawah Seksyen 36 (1) Akta SPRM 2009,” katanya.

Azam menjawab ringkas pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen CeIO kali ke-11 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Setakat ini, seramai 33 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada 3 Mac lalu, Azam berkata, Ismail Sabri ialah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas dalam sebuah safe house hasil serbuan SPRM.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *