Statistik kes seksual libatkan remaja, kanak-kanak membimbangkan – Tengku Asra

KUALA LUMPUR – Masyarakat Malaysia terutamanya yang berpegang kepada nilai-nilai tradisional dan agama menganggap topik seks sebagai sesuatu yang tabu dan tidak sesuai dibincangkan secara terbuka dengan anak-anak.

Memasuki era teknologi maklumat di hujung jari, remaja dan kanak-kanak mudah mendapatkan maklumat atau kandungan tentang topik tersebut.

Namun itu sebenarnya menjadikan mereka vulnerable atau kumpulan rentan.

Menyedari kepentingan menerapkan ilmu pendidikan seks yang betul untuk golongan tersebut, badan bukan kerajaan Children’s Protection Society Kuala Lumpur (CPS KL), mengambil kesempatan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek baru-baru ini.

Pengerusi CPS KL, Tengku Asra Jehan Tengku Azlan ketika ditemui Astro AWANI berkata, statistik peningkatan kes serangan seksual melibatkan remaja dan kanak-kanak cukup membimbangkan.

“(Tahun) 2025 Januari sudah ada 1,000 kes laporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Definitely something is wrong somewhere and we should start through education, through educational awareness. Buat program seperti ini, panggil anak-anak, buat seminar, buat seperti kita buat hari ni. Untuk menghalang penyakit sosial yang masyarakat kita hadapi sekarang,” katanya lagi.

Tengku Asra Jehan berkata, pengisian program mereka ialah mendekati golongan tersebut dan membawa bersama pegawai Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi pendidikan yang sesuai.

“Tak payah everyday, the children don’t have to, the schools don’t have to have sex education in the silibus yet. So maybe this sort of out of school curriculum, out of school program boleh dilakukan sekali. Jadi saya rasa itu satu yang boleh mempertaruhi budak-budak secara positif.

“Hari ni kita bercakap tentang hak sendirian mereka. Dia orang ada hak untuk rasa selamat, untuk keselamatan mereka itu memang ada hak. Ibu bapa, kawan-kawan terdekat, family yang terdekat tidak boleh cross that boundary. Jadi Insya-Allah that is one of the programs and our objective,” katanya lagi.

Sementara itu, wakil Pesatuan Perduduk Jalan Jelatek sebagai AJK Biro Wanita dan Kanak-kanak PPR Jelatek, Farida Qatan berharap agar ibu bapa sendiri perlu lebih terbuka tentang topik tersebut dengan anak-anak mereka.

“Kadang-kadang kita kena terbuka dengan anak kita, kita kena tanya soalan-soalan yang sensitif tapi tidak boleh secara beramai… kena one to one. Sebab kadang-kadang mereka ni tak berani ataupun mungkin malu dan takut juga.

“Ibu bapa di PPR Jelatek juga berpendapat, hal ini penting untuk anak-anak, memandangkan zaman sekarang ini internet mudah untuk download benda-benda yang tidak-tidak. Jadi mereka rasa keselamatan untuk anak-anak adalah penting,” katanya lagi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *