SHAH ALAM – Seorang bapa mati lemas dalam cubaan menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke sungai ketika memancing di Kampung Bukit Jati, Klang, dekat sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 7.42 malam.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, lelaki berusia 40 tahun itu sedang memancing bersama anak lelakinya yang berumur 11 tahun sebelum insiden malang itu berlaku.
“Mangsa dipercayai terjun ke sungai untuk menyelamatkan anaknya. Bagaimanapun anaknya dapat diselamatkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam.
“Mayat mangsa ditemukan sekitar jam 9 malam pada jarak tiga meter dari lokasi dia dipercayai jatuh,” menurutnya dalam satu kenyataan.
Ahmad Mukhlis berkata, operasi itu membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Selatan. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001