Api kuali musnahkan khemah peniaga bazar Ramadan

Api kuali musnahkan khemah peniaga bazar Ramadan

13/03/2025

MELAKA – Seorang peniaga kuih churros nyaris disambar api apabila kuali memasak terbakar dalam kejadian di Bazar Ramadan Semabok Perdana, di sini, pada petang semalam.

Insiden yang menimpa peniaga dikenali sebagai Alif itu tular di aplikasi TikTok memaparkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran yang berlaku lebih kurang jam 5 petang meskipun cuaca ketika itu hujan.

Menerusi video berdurasi 31 saat, memaparkan individu tersebut sedang merakam video di gerai jualan itu namun, secara tiba-tiba berlaku percikan api dari kuali memasak menyebabkan dia terkejut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Biarpun dalam keadaan panik memandangkan getah saluran masih bersambung dengan tong gas namun dia sempat menyelamat diri sebelum menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kejadian berkenaan.

Peniaga itu yang memuat naik video berkenaan di TikTok menerusi nama Adicto Churros Melaka, reda dengan ujian yang menimpanya ketika mencari rezeki pada bulan Ramadan.

“Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku dan mungkin bukan rezeki kami hari ini (Rabu).

“Mungkin ini adalah qada dan qadar Allah, kami terima dengan reda,” tulisnya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *