Sentuhan jiwa TV Al Hijrah memukau

Sentuhan jiwa TV Al Hijrah memukau

28/02/2025:

Oleh: Rudysham Abdul Raof

SEIRING dengan arus pemodenan penyiaran elektronik global, TV Al Hijrah tidak ketinggalan memastikan setiap program yang bakal dilancarkan menjadi tarikan pelanggan seluruh negara, sekali gus menjadi stesen penyiaran Islam nombor satu.

Komitmen dan kejayaan TV Al Hijrah membelai jiwa penonton menerusi kepelbagaian program yang disajikan meletakkan stesen televisyen itu sebaris dengan media elektronik yang sudah bertapak lama di negara ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Agak membanggakan, statistik menunjukkan jumlah tontonan di platform TV Al Hijrah Plus meningkat 183 peratus pada Ramadan 2024 berbanding 2023.

Jumlah tontonan di platform yang sama juga memperlihatkan kenaikan penonton sebanyak 168 peratus pada Ramadan 2024.

Selain itu, capaian di Facebook TV Al Hijrah meningkat 105 peratus pada Ramadan 2024 berbanding sebelum Ramadan, manakala lebih 1.01 juta tontonan bagi siaran langsung cerapan Anak Bulan Syawal di Facebook dan Tik Tok.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Jadi tidak hairanlah TV Al Hijrah semakin meletakkan diri mereka ke tahap terbaik dan mendapat pujian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar ketika merasmikan Pelancaran Program Ramadan dan Syawal 1446H/2025 TV Al Hijrah.

Bertemakan ‘Ramadan: Merindui Taubat HambaNya, Syawal: Istiqamah Cahaya Ketakwaan, TV Al Hijrah terus komited untuk menyajikan program berkualiti tinggi yang mampu membimbing masyarakat dalam menelusuri Ramadan dan Syawal dengan lebih bermakna.

“Saya percaya TV Al Hijrah adalah medan dakwah yang amat penting dalam mengukuhkan kefahaman Islam di negara kita. TV ini bukan sahaja sebuah stesen penyiaran, tetapi ia juga sebagai universiti mendidik masyarakat dengan ilmu Islam menerusi berita yang dipercayai dan sahih,” kata Dr. Mohd Na’im.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran program berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi TV Al Hijrah, Mohd Khair Ngadiron; Ketua Pegawai Eksekutifnya, Namanzee Harris; barisan kepimpinan, asatizah dan personaliti tanah air, wakil Persatuan Kebajikan OKU Pendengaran KL Selangor (PKOPKS) dan Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA).

Dr. Mohd Na’im berkata, seiring dengan semangat yang dimainkan TV Al Hijrah menerusi kepimpinan tertinggi dan kakitangan stesen itu, beliau menegaskan stesen berkenaan memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan kefahaman Islam menerusi pendekatan media yang lebih kreatif serta moden.

“Melalui penyiaran Islam yang progresif dan interaktif, saya percaya TV Al Hijrah boleh memastikan Islam terus mekar dan berkembang.

“Saya mahu penyampaian dakwah ini bukan sahaja relevan dengan perkembangan teknologi, namun mampu menyentuh jiwa dan hati penonton.

“Dalam realiti semasa ledakan media sosial, termasuk penggunaan Artificial Intelligence (AI), TV Al Hijrah perlu melipatgandakan usaha untuk menghasilkan produk yang benar mampu menarik penonton agar terus setia,” katanya.

Beliau menjelaskan lagi, ini kerana, penonton yakin kandungan yang disiarkan benar-benar ilmiah, menambah ilmu pengetahuan dan sebarang kandungan berita benar-benar sahih.

“Inilah kekuatan yang mesti dijaga rapat oleh TV Al Hijrah,” katanya.

Dr. Mohd Na’im juga turut memuji usaha TV Al Hijrah dalam merangka pelbagai program Istimewa bagi menyemarakkan Ramadan dan Syawal tahun ini.

Antara program yang bakal ditayangkan termasuk ‘Peristiwa Wanita Akhir Zaman’ yang membincangkan cabaran dan peristiwa membabitkan wanita dengan pendekatan interaktif.

Selain itu, program ‘Tadarus On The Go’ adalah sebuah segmen tadarus al-Quran yang ditayangkan setiap malam bagi membolehkan penonton berinteraksi secara langsung dengan qari pilihan.

TV Al Hijrah bakal menayangkan program Jalan Taubat, segmen muhasabah yang mengetengahkan perjalanan Rohani individu dalam mencari keampunan dan hidayah.

Stesen itu turut menyajikan pelbagai program khas seperti ‘Qalbun Saleem’, ‘Cinta Ilmu Istimewa Ramadan’ dan ‘Khatam Ramadan 1446H’ untuk menghidupkan roh Ramadan dan Syawal di kalangan penonton.

Dr. Mohd Na’im juga turut mengajak seluruh rakyat di negara ini untuk memanfaatkan peluang keberkatan Ramadan bagi membina masyarakat yang lebih beriman dan bertakwa.

“Marilah kita sama-sama berdoa supaya segala usaha dan perancangan yang disusun ini mendapat limpahan keberkatan daripada Allah SWT. Ramadan adalah bulan untuk memperbaiki diri, kuatkan keimanan, ukhwah sekali gus membentuk Malaysia yang lebih harmoni dengan Islam sebagai pedoman hidup,” katanya.

Penonton boleh mengikuti rancangan menarik Ramadan dan Syawal TV Al Hijrah melalui stesen televisyen itu, Al Hijrah Plus, portal Al Hijrah Online. Untuk maklumat lanjut, penonton boleh melayari www.tvalhijrah.com. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *