Master Tec rekod hasil tertinggi suku keempat 2024

Master Tec rekod hasil tertinggi suku keempat 2024

ALOR GAJAH – Master Tec Group Berhad (Master Tec) pemain utama dalam pembuatan dan pengagihan kabel kuasa, kawalan dan instrumentasi, merekodkan hasil sebanyak RM96.84 juta bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu.

Hasil pada suku tersebut merupakan yang tertinggi pernah direkodkan mewakili peningkatan 9.1 peratus daripada RM87.62 juta pada S3 TK2024, yang sebelum ini merupakan suku hasil tertinggi Kumpulan.

Prestasi kewangan yang teguh itu disumbangkan terutamanya oleh volum jualan kabel kuasa voltan rendah (LV) yang lebih tinggi, yang menyumbang RM74.96 juta atau 77.7 peratus daripada jumlah hasil, di samping permintaan yang stabil untuk kabel kawalan dan instrumentasi serta peningkatan yang ketara dalam hasil daripada aktiviti perdagangan.

Pengarah Eksekutif Master Tec Group, Tee Kok Hwa berkata, pihaknya berbangga kerana telah mencapai hasil suku tahunan tertinggi kami pada S4 TK2024, mengatasi rekod sebelumnya dari S3 TK2024.

“Pencapaian ini mencerminkan kekuatan kedudukan pasaran kami, permintaan berterusan untuk kabel kuasa kami, dan kejayaan melaksanakan strategi pengembangan kami.

“Master Tecbersedia untuk meningkatkan keupayaan pembuatannya dengan penyiapan penuh kilang baharunya pada Q4 2024.

“Pengembangan ini akan menambah kira-kira 3,600 tan setahun kapasiti pengeluaran untuk kabel kuasa voltan sederhana (MV), menyokong pertumbuhan jangka panjang syarikat dan permintaan pasaran,” katanya.

Master Tec turut melaporkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak RM7.45 juta pada S4 TK2024, peningkatan 24.8% daripada RM5.97 juta pada S3 TK2024.

Pertumbuhan ini didorong oleh jualan yang kukuh dalam segmen pembuatan dan perdagangan, mencerminkan operasi dan pengurusan kos yang berkesan.

Walaupun terdapat penurunan sedikit sebanyak tiga peratus dalam Untung Sebelum Cukai (PBT) daripada RM7.04 juta pada S3 TK2024 kepada RM6.83 juta pada S4 TK2024, syarikat itu menunjukkan pertumbuhan keuntungan yang kukuh.

Berikutan pencapaian itu Master Tec telah membayar jumlah dividen sebanyak RM12.99 juta sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dan 2024.

Itu termasuk dividen akhir sebanyak 0.704 sen sesaham untuk TK2023, dibayar pada 29 April 2024, dan dividen interim pertama sebanyak 0.390 sen sesaham dibayar pada 27 September 2024.

Manakala dividen interim kedua sebanyak 0.180 sen sesaham untuk tahun 2024 dibayar pada 16 Disember lalu, membuktikan penjanaan tunai yang kukuh dan prestasi kewangan yang teguh, mengukuhkan komitmen Master Tec.

Kok Hwa menambah, selaras dengan strategi pertumbuhan jangka panjangnya, Kumpulan sebelum ini mengumumkan pengambilalihan tanah di Jasin, Melaka, sebagai sebahagian daripada pendekatan berpandangan ke hadapan untuk pengembangan perniagaan.

“Pelaburan strategik ini menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong pengembangan dan operasi skala masa depan sebagai tindak balas kepada peningkatan permintaan industri,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *