Hektar REIT tambah portfolio dengan perolehan aset ringan bernilai RM30 juta

Hektar REIT tambah portfolio dengan perolehan aset ringan bernilai RM30 juta

19/02/2025:

KUALA LUMPUR – Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT), mengumumkan pemerolehan aset industri ringan yang terletak di dalam Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas Pulau Pinang, pada RM30 juta.

Pembelian hartanah pada harga RM30 juta itu mempamerkan kadar diskaun yang menarik sebanyak 9.1 peratus daripada nilai pasaran hartanah yang dinilai berdasarkan pendekatan kaedah pendapatan, sekali gus meningkatkan hasil awal kepada 7.5 peratus pada pajakan bersih tiga kali ganda.

Ketua Pegawai Eksekutif Hektar REIT, Zainal Iskandar Ismail berkata, pengambilalihan tersebut merupakan tambahan penting kepada portfolio Hektar REIT dalam mempelbagaikan ke arah sektor perindustrian, meningkatkan jejaknya dalam rantaian bekalan pembuatan dan teknologi termaju sambil mengimbangi portfolio REIT untuk mengurangkan pergantungan pada sektor runcit.

“Misi urus niaga ini sejajar dengan fokus strategik Hektar REIT untuk memperoleh aset kritikal dalam pasaran permintaan tinggi.

“Pengambilalihan ini membawa portfolio Hektar kepada sejumlah lapan hartanah termasuk pusat beli-belah dan sekolah swasta, menyediakan penciptaan nilai dengan kepelbagaian portfolio dan mengurangkan pendedahan dalam pasaran runcit,” katanya.

Beliau menambah, pemerolehan hartanah itu mempamerkan kadar diskaun yang menarik sebanyak 9.1 peratus daripada nilai pasaran hartanah yang dinilai berdasarkan pendekatan kaedah pendapatan.

Mengulas lanjut, hartanah tersebut menawarkan pelbagai ciri yang disesuaikan dengan keperluan unik pengeluaran dan pengedaran semikonduktor, termasuk infrastruktur terperinci, lokasi strategik dan fleksibiliti.

Tambah Zainal Iskandar, perjanjian pajakan selama 15 tahun menyediakan aliran pendapatan yang stabil untuk Hektar REIT dengan peningkatan sewa tetap yang mencerminkan permintaan kukuh untuk ruang industri khusus. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *