KUALA LUMPUR – Chemlite Innovation Berhad (Chemlite Innovation), penyedia perkhidmatan sokongan kejuruteraan terkemuka yang mengkhusus dalam perkhidmatan rawatan kemasan permukaan, telah mendapat kelulusan daripada Bursa Securities untuk disenaraikan di Pasaran ACE dengan memeterai perjanjian taja jamin dengan UOB Kay Hian Securities (M) Sdn. Bhd. (UOBKH).
Dua peristiwa penting itu meletakkan Chemlite Innovation di dalam landasan tepat menjadi entiti senaraian awam.
Tawaran Awam Permulaan (IPO) Chemlite Innovation terdiri daripada terbitan awam sebanyak 120 juta saham biasa baharu dan tawaran untuk jualan 60 juta saham biasa sedia ada.
Peruntukkan untuk orang awam Malaysia sebanyak 30 juta Saham Terbitan disediakan untuk permohonan oeh orang ramai Malaysia, 21 juta saham terbitan dikhaskan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak serta orang yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan.
Penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan/atau terpilih yang dikenal pasti sebanyak 54 juta.
Penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) sebanyak 15 juta Saham Terbitan dan baki 60 juta Saham Tawaran disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti diluluskan MITI.
Manakala UOB Kay Hian Securities (M) Sdn. Bhd. akan menaja jamin 51 juta Saham Terbitan yang ditetapkan untuk orang awam dan orang yang layak.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Chemlite Innovation Berhad, Chong Yuen Fong berkata, mendapat kelulusan daripada Bursa Securities dan sokongan UOBKH untuk menaja jamin saham IPO Chemlite Innovation menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan syarikat.
“Selain daripada meluaskan portfolio perkhidmatannya, Chemlite Innovation juga mengembangkan operasinya kerana Syarikat berhasrat untuk membina kemudahan baharu, menempatkan sekurang-kurangnya empat talian anodis automatik sepenuhnya dan empat talian penyaduran logam separa automatik.
“Untuk mencapai matlamat ini, Syarikat telah menandatangani perjanjian jual beli dengan Penang Development Corporation pada 26 November 2024 untuk memperoleh tanah pajakan industri di Penang Science Park North,” katanya.
Pengambilalihan tanah itu dijangka selesai menjelang suku kedua 2025, dengan pembinaan kemudahan disasarkan siap menjelang suku keempat 2026.
Yuen Fong menambah dana yang diperoleh daripada IPO akan digunakan secara strategik untukmenyokong inisiatif pertumbuhan Chemlite Innovation, termasuk pengembangan kemudahan, menubuhkan bilik bersih, melabur dalam mesin dan peralatan automasi dan menubuhkan jabatan penyelidikan dan pembangunan (“R&D”) yang berdedikasi.
Selain itu, baki hasil akan diperuntukkan untuk membayar balik pinjaman bank, menyokong keperluan modal kerja dan menampung anggaran perbelanjaan penyenaraian.
IPO itu akan menyediakan syarikat dengan sumber untuk mencapai matlamat strategiknya, meningkatkan kecekapan operasi dan memberikan nilai yang lebih besar kepada pemegang kepentingannya. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001