Ronaldo diramal jadi petarung selepas bersara

Ronaldo diramal jadi petarung selepas bersara

15/02/2025:

LONDON – Cristiano Ronaldo diramal menjadi petarung sukan tempur oleh Francis Ngannou.

Legenda MMA itu merangkul kejuaraan heavyweight dunia UFC sebelum beralih kepada sukan tinju.

Ngannou berdepan Tyson Fury dan Anthony Joshua di Arab Saudi dalam tempoh dua tahun terakhir, yang menjurus kepada pertemuannya dengan bintang Al-Nassr, Ronaldo.

Mereka kini berkawan baik dan Ngannou memberitahu Sportsbook Review bahawa Ronaldo, 40, mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk melangkah ke dalam gelanggang sebaik dia menggantung but bolanya.

Dia berkata: “Ronaldo sukakan sukan tempur. Saya fikir Cristiano seorang lelaki yang mungkin ketika kecil anda boleh katakan dia tidak mempunyai ciri-ciri untuk menjadi seorang pemain bola sepak.

“Tetapi dia seorang yang bekerja keras, berdisiplin dan fokus dengan apa yang dimahukannya.

“Saya fikir dia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan untuk menjadi seorang petarung. Dedikasi dan disiplin.

“Kami mempunyai satu hubungan yang akrab. Saya pergi ke Arab Saudi buat kali pertama dua tahun lalu dan saya berpeluang untuk bertemu Cristiano.

“Dia berada di kolam renang bersama keluarganya dan kami berada di sana kira-kira 45 minit berbual di tepi kolam renang.

“Kami kelihatan seperti sudah kenal antara satu sama lain begitu lama tetapi sebenarnya ia kali pertama bertemu. Ia satu daripada masa anda perlu mencubit diri anda sendiri.

“Dari situ kami meneruskannya menerusi DM di Instagram dan kemudian dia bertanyakan nombor telefon saya.”

Ngannou peminat bola sepak seperti mana Ronaldo seronok menonton aksi MMA dan tinju, dengan warga Cameroon itu baru-baru ini menikmati layanan VIP pada perlawanan di Al-Nassr dan Manchester United. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *