Kementerian turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Namibia yang turut diakreditasi ke DRC, serta Kementerian Pertahanan bagi menilai keadaan dan memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara terbabit. “Rakyat Malaysia yang bercadang untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan mereka sehingga situasi keselamatan kembali stabil,” menurut kenyataan itu. https://www.nasionaldaily.com/2025/02/05/pasukan-pengaman-malaysia-di-congo-selamat/

Indonesia tidak akan diam diri, penganalisis ulas isu layanan migran

PETALING JAYA – Indonesia diterajui Presiden Prabowo Subianto yang lantang tidak lagi akan berdiam diri dalam menghadapi kes penganiayaan migran, menurut penganalisis.

Bridget Welsh, seorang penyelidik bersekutu kehormat di Universiti Nottingham Malaysia, menjangka Prabowo mahu membina reputasi dengan membela negaranya.

Perkara ini boleh dilihat dalam ulasan Prabowo mengenai kejadian tembak lima warganegara Indonesia oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), ketika lawatan beliau pada 27 Jan lalu.

Kejadian itu membawa kepada kematian seorang lelaki manakala empat lagi cedera.

“Reaksi beliau (Prabowo) bukan di luar jangkaan. Ini menyentuh masalah penguatkuasa terlepas daripada hukuman dan layanan buruk yang sistematik terhadap pendatang. Dua perkara ini perlu berubah.

“Isu ini boleh bertambah besar jika tidak ditangani dengan baik. Kita harus bimbang jika dakwaan Indonesia, iaitu orang tidak bersenjata ditembak dengan kejam, adalah benar,” katanya kepada FMT.

Laman web berita Indonesia, Jakarta Globe, baru-baru ini melaporkan bahawa seorang ahli politik negara itu, Tubagus Hasanuddin, meragui penjelasan pihak berkuasa Malaysia berhubung kejadian itu dan mempersoalkan cerita APMM.

Tubagus pada 28 Jan lalu dilapor menyifatkan cerita warga Indonesia sengaja melanggar bot APMM ‘aneh’ kerana pendatang tanpa izin lazimnya akan melarikan diri apabila berdepan pihak berkuasa.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan tindakan APMM, mengatakan anak kapal telah memperkenalkan diri menerusi pembesar suara dan memberi amaran sebelum melepaskan tembakan, dalam kejadian 24 Jan lalu itu.

Hubungan sensitif

James Chin daripada Universiti Tasmania berkata insiden itu boleh mencetuskan rungutan lama dalam kalangan rakyat Indonesia berhubung layanan Malaysia terhadap warga senegara.

Beliau berkata bantahan di Jakarta, termasuk membaling telur di Kedutaan Malaysia yang dilaporkan pada 30 Jan, mencerminkan kekecewaan yang mendalam.

“Ia adalah subjek yang sensitif kerana terdapat banyak kes penganiayaan pada masa lalu, terutama melibatkan pembantu rumah Indonesia,” katanya kepada FMT.

“Rakyat Indonesia tidak berpuas hati dengan cara rakyat Malaysia memandang rendah mereka, walaupun ekonomi mereka berkembang pesat.”

Chin berkata Indonesia adalah kuasa ekonomi dan geopolitik yang semakin berkembang dan ahli G20, maka ia mahu dilayan dengan hormat.

“Rakyat Malaysia sering memandang rendah kepentingan Indonesia, tetapi realitinya ialah Indonesia adalah ekonomi yang lebih besar dan memainkan peranan penting di rantau ini,” katanya.

Di sebalik tekanan daripada Indonesia berhubung kejadian itu, Chin menjangkakan hubungan diplomatik akan utuh kerana kedua-dua negara memahami betapa pentingnya hubungan dua hala ini untuk ekonomi, budaya, dan geopolitik.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *