Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani

Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar, suspek ditahan untuk siasatan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis daerah Kemaman kira jam 8 malam.

“Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, mangsa lelaki OKU yang menunggang motosikal dikatakan melanggar sebuah gerai jualan di situ kira-kira jam 9.30 pagi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pelanggaran menyebabkan barangan jualan seorang peniaga tumpah dan terjatuh sebelum mangsa dipukul beberapa lelaki sehingga cedera.

Mangsa yang juga OKU ketidakupayaan mental dibawa ke Hospital Kemaman dan dirawat sebagai pesakit luar.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *