Jenazah enam mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Jenazah enam mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

SEMPORNA – Jenazah lima sekeluarga daripada enam yang maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di KM37 Jalan Semporna-Tawau di sini pada Ahad, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Jalan Balai Polis di sini, malam tadi.

Pengebumian jenazah Asbira Ladjahani, 82, Jaimah Jailani, 30, Mohamad Nabil Kanol, 14, Nur Inara Aida Nur Hakim, 4, dan Nur Aiman Nur Hakim, 6 bulan, selesai pada kira-kira 10.30 malam.

Jenazah seorang lagi mangsa lelaki dikenali sebagai Oyong,18, yang juga rakan kepada keluarga itu dikebumikan dalam satu lagi liang lahad di tanah perkuburan sama.

Suasana pilu berserta hujan renyai mengiringi lebih 100 ahli keluarga serta kenalan yang hadir untuk penghormatan terakhir dan membantu mengurus pengebumian tersebut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu, keenam-enam jenazah dimandikan dan dikafankan selepas selesai bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Tawau.

Sementara itu, Kanol Asan, 43, bapa kepada Allahyarham Mohamad Nabil, berkata kemalangan tersebut berlaku ketika kereta yang dinaiki anaknya bersama enam ahli keluarga lain sedang dalam perjalanan ke Semporna selepas pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan keluarga di Batu 4 Jalan Apas, Tawau.

Dia berkata pemandu kereta dinaiki enam mangsa itu yang juga adik iparnya, Nur Hakim Mansur, 34, kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau.

Pada Ahad, dilaporkan enam termasuk seorang bayi lelaki maut apabila kereta (Proton Wira) dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan pacuan empat roda, dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di kawasan itu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol hari ini dilaporkan berkata kemalangan itu berpunca kereta dinaiki mangsa memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan pacuan empat roda dan MPV berkenaan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *