Saya terganggu, tiada afidavit balasan dari AGC cabar kewujudkan Titah Adendum - Hakim

Saya terganggu, tiada afidavit balasan dari AGC cabar kewujudkan Titah Adendum – Hakim

PUTRAJAYA – Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mencabar kewujudan Titah Adendum yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Menurutnya, setakat ini hujah yang dikemukakan adalah mengaitkan isu teknikal, perundangan dan bukannya menafikan kewujudan adendum tersebut.

“Saya sangat terganggu. Apa yang saya lihat adalah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara.

“Namun, tiada apa-apa kenyataan (afidavit balasan) daripada Pejabat Peguam Negara untuk mengenepikan, atau mana-mana responden yang menafikan, kewujudan titah tersebut.

“(Disebabkan) ketiadaan tindakan untuk mencabar kewujudan titah itu, saya terganggu. Saya menyatakkan (ia wujud) tetapi kerana anda (pendakwaan) tidak menafikan kewujudannya bermakna anda mengatakan ia wujud. Itulah sebabnya. Saya tidak menyatakannya, tetapi saya terganggu,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Firuz merupakan salah seorang daripada tiga panel hakim pada prosiding itu.

Beliau bagaimanapun menambah, beliau hanya memaklumkan pandangannya dan ia tidak bermaksud rayuan bekas Perdana Menteri itu wajar dibenarkan.

Sementara itu, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah, sikap membungkam atau tidak bersuara Menteri Dalam Negeri dan kerajaan mengenai titah berkenaan membuktikan ia memang wujud.

Mahkamah ditangguh sehingga pukul 1 tengah hari.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *