Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan

Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, kementerian itu memberi jaminan bantuan konsular telah diberikan kepada individu tersebut dan usaha berterusan dilakukan bagi memastikan perundangan tempatan melindungi haknya.

“Kementerian akan menyelaras rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menangani situasi itu dan komited untuk memberikan sokongan yang sewajarnya, selain menegakkan prinsip kerahsiaan dan maruah untuk semua rakyat Malaysia di luar negara.

“Kami menggesa media supaya menghormati privasi individu dan keluarga mereka semasa masa sukar ini. Perkara sebegini sesuatu yang sensitif dan tidak boleh dianggap sebagai peluang untuk spekulasi atau gosip,” menurut kenyataan itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, sumber memaklumkan seorang pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober tahun lepas atas kesalahan memiliki dadah, kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu.

Menurut sumber itu, hukuman tersebut dijatuhkan ketika perbicaraan pelawak terbabit pada November tahun lepas dan berdasarkan penghakiman, tempoh hukuman itu dijangka selesai April ini.

Difahamkan, pelawak tersebut mungkin dibebaskan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

Sebelum ini, media melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja, namun tidak mendedahkan identitinya. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *