CEO Jeju Air dilarang keluar dari Korea Selatan

CEO Jeju Air dilarang keluar dari Korea Selatan

SEOUL – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jeju Air, Kim E-bae dilarang meninggalkan Korea Selatan selepas insiden pesawat terhempas yang mengorbankan 179 orang.

Polis di wilayah Jeolla Selatan mengesahkan larangan berkenaan terhadap dua individu termasuk CEO berkenaan.

E-bae sebelum ini memohon maaf kepada semua penumpang dan mangsa yang terlibat dengan nahas berkenaan.

Katanya, walaupun belum tahu punca sebenar yang menyumbang kepada nahas itu, beliau mengambil tanggungjawab sepenuh dengan tragedi berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ahad lalu, pesawat Jeju Air B737-800 itu melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan dan meletup apabila ia merempuh struktur konkrit.

Hanya dua daripada 181 penumpang yang terselamat dalam insiden berkenaan.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *