Edar risalah Kristian secara terbuka, polis buru tiga individu termasuk warga asing

Edar risalah Kristian secara terbuka, polis buru tiga individu termasuk warga asing

WANGSA MAJU – Polis sedang memburu tiga individu termasuk dua lelaki warga asing yang dipercayai mengedarkan risalah agama Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video tular berdurasi 54 saat membabitkan kejadian itu, kira-kira pukul 10.19 malam, Isnin lalu

Beliau memberitahu, kes itu masih lagi dalam siasatan polis, lapor Astro Awani.

“Kita siasat kes ini mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana kesalahan perlakuan yang menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan atas sebab-sebab agama,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Mohamad Lazim berkata, Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara minimum 2 tahun dan maksimum lima tahun.

Dalam video, salah seorang suspek juga dilihat meminta videonya itu tidak dirakam.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *