Wanita warga emas antara dua maut dalam nahas di Pan Borneo

Wanita warga emas antara dua maut dalam nahas di Pan Borneo

MIRI – Wanita warga emas antara dua maut dalam kemalangan selepas kereta mereka naiki bertembung lori treler di Jalan Pan-Borneo Bukit Song petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak dalam kenyataannya berkata, kedua-dua mangsa iaitu Roslind Layun Pad berusia 61 tahun dan seorang lagi mangsa Patrick Guya, 48, maut di lokasi kejadian.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 7.28 malam.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Miri bagi tujuan pemeriksaan dan bedah siasat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *