Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak

Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak

HOUSTON – Seorang lelaki menembak tiga kanak-kanak dan remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas, lapor Xinhua memetik laporan tempatan.

Kanak-kanak dan remaja berusia antara 12 hingga 14 tahun itu ditembak selepas didakwa cuba merompak lelaki berkenaan di sebuah kompleks pangsapuri di barat laut Houston pada sekitar 10:30 malam waktu tempatan, Rabu, menurut Sheriff Harris County, Ed Gonzalez, di platform X.

Bagi mempertahankan dirinya, lelaki itu mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah mereka, kata Gonzalez.

Mereka kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan, manakala lelaki terbabit kekal di lokasi kejadian dan bekerjasama dengan pihak penyiasat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Seorang kanak-kanak dipercayai berusia 12 tahun, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Seorang penghuni di pangsapuri itu mendakwa dia mendengar 10 das tembakan, menurut laporan media tempatan KTRK. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *