Dr. Nik Norzrul Thani dilantik Pengerusi baharu Perbadanan Kota Buku

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kota Buku (PKB) mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani sebagai Pengerusinya yang baharu berkuatkuasa 4 Disember lalu.

Dr. Nik Norzrul Thani, yang juga merupakan Pengerusi Zaid Ibrahim & Co; Pengerusi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pengerusi IHH Healthcare diiktiraf sebagai seorang tokoh korporat yang berpengalaman luas dalam bidang undang-undang, pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Beliau akan memperkasakan PKB dalam memenuhi mandat penubuhan demi memberdayakan ekosistem perbukuan Malaysia.

Turut menerajui barisan Ahli Lembaga Pengarah PKB yang baharu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Ruji Ubi; Pengarah Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan KPM, Aniza Kamarulzaman; dan Pengasas Bersama & Pengarah Eksekutif 3F Resources Sdn. Bhd., Muammar Mohd Mokhtar.

Mereka akan menerajui usaha strategik dalam memperkukuh ekosistem perbukuan negara dan meningkatkan literasi di kalangan rakyat Malaysia.

Dr. Nik Norzrul Thani juga akan terus bekerjasama dengan Ahli Lembaga Pengarah PKB sedia ada, iaitu Datuk Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Datuk Dr. Mohd Ghazali Abas dan Zainal Abas dalam merangka serta melaksanakan inisiatif yang akan memajukan industri buku tempatan dan memperkasakan sektor literasi di Malaysia.

Pelantikan ini adalah langkah penting bagi memastikan PKB terus memainkan peranan utama dalam mengembangkan industri buku di Malaysia, sebagai pusat perbukuan yang berwibawa di peringkat global. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *