Bekas model Playboy maut lepas pembedahan sedut lemak

Bekas model Playboy maut lepas pembedahan sedut lemak

BEKAS model Playboy, Tabby Brown disahkan meninggal dunia selepas menjalani prosedur sedut lemak.

Mengikut laporan dan pengesahan penyiasatan kehakiman, Brown, yang juga bekas kekasih pemain bola sepak kelab Manchester United, Mario Balotelli itu meninggal dunia secara mengejut di kediaman yang diduduki bersama ibu pada Oktober 2023.

Brown, 45, dilaporkan menjalani pembedahan sedut lemak di Republik Dominican secara rahsia.

Dia pulang ke London dalam keadaan kurang sihat. Namun ibunya menyangka wanita itu diserang virus sebelum menemui Brown tidak lagi bernyawa di lantai kediaman mereka.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Brown tidak memberitahu ibunya dia telah menjalani pembedahan sedut lemak. Ibunya menyangka dia terkena virus selepas pulang mengembara.

“Dia sakit namun enggan mendapatkan rawatan sebaliknya hanya mengambil pil tahan sakit sebelum meninggal dunia,” dedah ahli keluarganya seperti dilaporkan DailyMail.uk.

Menurut keluarganya lagi, Brown yang juga terlibat dalam beberapa klip video sebagai model berada dalam keadaan sihat sebelum menjalani pembedahan.

Namun beberapa jam selepas tiba di kediaman ibunya dia kelihatan lemah sebelum ditemui tidak sedarkan diri.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Paramedik yang datang untuk menyelamatkannya menemui dua kesan pembedahan sedut lemak pada tubuhnya yang didakwa menjadi punca kepada kematian Brown. – Gempak

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *