Lelaki cuba rakam video wanita di Banting ditahan

Lelaki cuba rakam video wanita di Banting ditahan

SHAH ALAM – Polis mengesahkan menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes cubaan gangguan seksual dan merakam video seorang wanita di sebuah pasar raya di Jenjarom, Kuala Langat baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata lelaki itu ditahan di sekitar Banting dan direman dua hari hingga esok.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu mengaku bahawa dia adalah individu terbabit sebagaimana dalam rakaman kamera litar tertutup.

“Semakan mendapati, lelaki itu yang tidak mempunyai rekod lampau itu juga mengakui pertama kali melakukan perbuatan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada Isnin, Akmalrizal dilaporkan berkata pihaknya memburu seorang lelaki berkaitan kes rakam dan gangguan seksual di sebuah pasar raya di Jenjarom, susulan laporan kes yang diterima pada 10.36 pagi, 9 Dis lepas oleh mangsa yang juga wanita warga tempatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *